Sunday, September 23, 2007

Selamat Datang..! Meh La Masuk..!

Akhirnya berjaya... itu sajalah yang mampu saya katakan dalam hati untuk ditujukan kepada diri sendiri. Setelah lama mendaftar di blogspot, masih tiada penulisan yang dipamerkan untuk tontonan umum. Ini kerana pelbagai faktor seperti kekurangan ilmu mengenai bahan-bahan dalam komputer (betul ke istilah ni) dan juga kesibukan yang tidak menentu sering menjadi penghalang untuk saya duduk di kerusi meja komputer dan menaip untuk blog (tapi kalo men TornCity memang punctual timing). Bagaimana pun, galakan daripada kengkawan menjadi sokongan, dorongan dan segala macam gerangan untuk meneruskan kerja-kerja penulisan seperti ini terutamanya rakan seperjuangan yang baru 3 tahun saya kenal, saudara Abdul Qaiyum Borhan.

Saya teruskan lagi dengan membuat sesi LDK yang pertama iaitu pengenalan diri. Saya merupakan anak jati Melaka kerana dari keturunan saya memang dari dulu sampailah ke ibubapa saya semuanya orang Melaka. Merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) dalam bidang sains hayat. Juga merupakan bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah berkonvo pada awal bulan Ogos yang lepas dalam bidang mikrobiologi. Dan kini merupakan seorang yang sedang mengusahakan ladang anggur di belakang rumah. Hahaha...

Rasanya sudah cukup molek tentang intro mengenai diri saya yang telah saya introkan tadi. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih, silalah hubungi saya di blog saya ini. Oh ade satu lagi perkara terakhir saya ingin tambah iaitu mengenai minat saya terhadap muzik. Jika ada antara anda yang merasakan mempunyai haluan yang sama dengan saya bolehlah menghubungi saya untuk kita bersama-sama bertukar dan berkongsi pendapat (dan bukannya pasangan). Sebagai penutup untuk post saya yang pertama, nikmatilah lagu di bawah ini yang dibawakan oleh Blind Guardian, sebuah kumpulan metal yang berasal dari Jerman, dengan lagu The Bard's Song (In The Forest). Sekian.. =)



3 comments:

Anonymous said...

Apesal Name Aku Kat Ruang Link Ko Bawah Sekali. Dah La Name Qoqoi. Ish Ish Ish.. Kecik Ati Member.

Nak Publisiti Tak? Kalo Taknak Takpe. Huhuhu..

Syafiq said...

Hahaha...Bagus bagus...Percubaan untuk meluaskan empayar.Teruskan usaha sehingga luasnya hubungan rangkaian yang mantap...Fuhyoo...Harhar.
Ape pun ko memang suka makan dan tido di kerusi panjang rumah..kekeke~

Seperti Kata Qai..."Nak Publisiti Tak?Kalo Taknak Takpe. Huhuhu.."

azrinbasis said...

qaiyum - yolah.. mmg la bwh skali sbb dier sort ikut huruf.. qoqoi tu kan name panggilan manje ko.. xpe utk blog nnt ako tuka utk promote name betol ko..

syafiq - biase la org blom kije mmg la makan dan tido.. haha..

DIMANAKAH ANDA...?


Profile Visitor Map - Click to view visits