Wednesday, October 3, 2007

Kalau Susah-susah Sangat, Batalkan Sahaja Pilihanraya Kampus...

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya saya kembali setelah sibuk dengan kerja-kerja luar yang menghalang saya untuk duduk di meja komputer dan menaip. Dan pada ketika saya menaip post saya ini, saya pasti universiti-universiti di Malaysia kini sedang sibuk mengira bilangan undi kerana hari mengundi telah dijalankan pada siang hari tadi.

Pilihanraya kampus (PRK) diwujudkan sebagai satu medan untuk mencari bakat kepimpinan yang terpendam dalam diri pelajar universiti. Hasil pemilihan pelajar-pelajar yang diundi sendiri oleh mahasiswa/i universiti sendiri ini kemudiannya dikelompokkan dalam satu kumpulan yang dipanggil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kumpulan inilah yang akan menyuara dan memperjuangkan hak mahasiswa di dalam kampus, membela kebajikan dan sebagainya.

Ahh.. cukuplah untuk bercerita tentang fungsi MPP di dalam kampus dan sebagainya. Sudah banyak orang bercerita tentangnya. Cuma satu yang terlintas di fikiran saya : Sejauh manakah relevannya PRK ini dalam mencari pemimpin pelajar yang mampu memimpin pelajar sebenar-benarnya..?

Kita sibuk bercerita tentang situasi politik kampus terutama di IPTA yang dipengaruhi oleh golongan pro-kerajaan dan pro-pembangkang yang sebenarnya dipengaruhi oleh gerakan politik luar tetapi masih tidak diakui oleh pentadbiran universiti. Kenapa tidak wujud hanya calon bebas yang tidak mewakili apa-apa kumpulan sekalipun, yang mana calon tersebut hanya mewakili satu perkara iaitu MAHASISWA/I..? Secara tidak langsung kita perlu sedar bahawa apabila wujudnya calon yang mewakili kumpulan tertentu, secara tidak langsung 'mahasiswa/i' ini sebenarnya sudah berpecah. Anda tidak percaya..? Senang je kalo nak citer, tengoklah keadaan kampus beberapa hari sebelum pilihanraya. Mahasiswa/i yang ada akan sering bertindak dalam keadaan penuh was-was dan berprasangka terhadap rakannya yang berlainan ideologi walaupun sebelum ini mereka berkawan baik seperti biasa.

Mungkin ada diantara anda yang berpendapat : Alah, time pilihanraya jek, abes je pilihanraya maka xde pape lagilah. Memanglah, sebab habis sahaja pilihanraya tahun itu, maka habislah. Tetapi bila datang sahaja pilihanraya tahun seterusnya pula, maka berulanglah perkara yang sama. Kesimpulannya, perkara yang dikatakan habis sebenarnya tidak habis-habis.

Saya tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana pro-kerajaan atau pro-pembangkang, kerana bagi saya mana-mana tetap sama sahaja. Jika pro-kerajaan dikatakan menggunakan taktik kotor tertentu, saya percaya pro-pembangkang juga menggunakan taktik kotor. Tak perlulah saya menceritakan panjang-panjang tentang perkara ini. Siapa makan cili, dialah yang terasa pedas.

Kadang-kadang saya terfikir, mungkin lebih baik jika calon dinamakan secara individu. Ini kerana, apabila berkempen mahasiswa/i yang akan mengundi melihat calon secara kehebatan individu, bukan kehebatan kumpulan pro tertentu, atau takut akan ugutan tertentu. Maka, secara tidak langsung, mereka yang terpilih menjadi MPP itu adalah mereka yang layak untuk menjadi harapan sebenar kepada pengundi dalam menjaga kebajikan mereka. Dan MPP yang terbentuk dengan cara ini saya yakin pasti akan memperjuangkan hak mahasiswa secara sama rata dan sepenuhnya tanpa memilih siapakah atau dari kumpulan manakah mahasiswa yang mengadu itu kerana tiada masalah berlainan ideologi politik. Itulah yang berlaku di kebanyakan IPTS di Malaysia yang mana politik kampusnya tidak dipengaruhi oleh politik luar.

Tetapi mungkin perkara ini sukar untuk berlaku di IPTA. Mungkin kerana kerajaan mempunyai agendanya yang tersendiri. Mungkin untuk mengawal ekstremis melampau politik dan pembangkang juga mempunyai agendanya tersendiri. Mungkin untuk menguasai golongan berilmu tinggi untuk menjadi pemimpin kumpulan mereka pada masa akan datang. Tetapi dasar-dasar inilah yang memecah-belahkan mahasiswa di IPTA akhirnya. Tidak cukup dengan tuduh-menuduh, label-melabel, fitnah-memfitnah di kalangan mahasiswa sendiri, akhirnya bergaduh pula. Dan mereka di atas yang mencapai kejayaan setelah berhempas-pulas mempengaruhi mahasiswa dengan ideologi mereka akhirnya hanya membiarkan sahaja mahasiswa manjadi begitu, nama mahasiswa juga yang buruk akhirnya.

Tetapi mengapa kita yang mahasiswa/i ini tidak pula memperjuangkan atau mencadangkan pencalonan pemimpin secara bebas tanpa ala-ala ideologi politik luar..? Kerana kita sudah dapat merasakan betapa pihak berkaitan akan begitu mengabaikan cadangan seperti ini kerana setiap daripada kita sedar mengapa IPTA lebih suka berpolitik kampus secara seperti yang sekarang ini. Atau juga, mungkin kerana mahasiswa/i sendiri yang lebih suka membawa ideologi politik luar ke dalam politik kampus dan tindakan mereka tidak dapat dikekang kerana agak ekstrim dan akhirnya memaksa keadaan untuk berlaku begini.

Akhirnya mahasiswa tetap berpecah-belah. Mungkin ketika ini kesannya hanya sedikit, tidak hebat dan boleh diabaikan. Tetapi manalah tahu kalau-kalau 10 tahun lagi ia memberi kesan yang sangat serius sehingga berlaku bunuh-membunuh sesama mahasiswa dan bakar-membakar universiti. Apakah pada ketika itu baru kita hendak bertindak..? Kalau susah-susah sangat, batalkan sahaja pilihanraya kampus.. Kan senang..

5 comments:

Anonymous said...

Panjang Plak Cerita...Bagus Jugak Tak Yah Buat Pilihan Raya..Tak Yah Pikir2 Politik..Dasar Masuk Universiti Pun Hanya Nak Blajar..Bukan Nak Politik..Lau Nak Masuk Universiti Nak Politik Tak Yah La Masuk..Gi Terus Main Politik Dengan Kerajaan

Adam Mohd Juni said...

prk sucks..

sungguh beremosi.

mini entri di blog azrin basis)

KEPALA BATU = TEMBOK = SEKSI ???

jangan kita iku mereka yang berjuang berrmati-matian untuk meruntuhkan satu tembok yang memisahkan beberapa penjuru.

mungkin 5 di satu kerusi. siapa tahu.

mari semua, duduk bersama aku. sandar ke dinding, bakar dan hisap rokok beramai-ramai.

bila mana tembok-tembok itu sudah jatuh, kita lihat hasilnya.

selepas itu, kita pergi minum.

ya abaikan mereka,

percayalah.

apa yang mereka juangkan tidak akan mempengaruhi kehidupan kamu

derencanakan oleh adamjuni

Anonymous said...

Bangkit.. Bangkit.. Mahasiswa!

Hahaha.. Aku Akan Mengomen (Bukan Romen) Dalam Sudut Optimis Kenapa Pilihanraya Kampus Berlaku Dan Tak Mungkin Boleh DiCancelkan.

1. Sebab Dah Termaktub Dalam AUKU. Susah Nak Sesukahati Gubal Balik.

2. Mewujudkan Suasana Kampus Yang Autonomi Bukannya Autokratik Dikalangan Mahasiswa. Kalau Tak Nanti Sama Je Ngan Situasi Kat Skolah.

3. Perlu Ada Wakil Di Kalangan Mahasiswa Untuk Mempertahankan Mahasiswa.

Bangkit! Bangkit! Mahasiswa (Pinjam Mampu nye Cheer Group)

azrinbasis said...

mrozaidi - kalo nak senang citer camtu je lah.. jangan menyusahkan diri dengan benda laen di universiti.. kan...

adamjuni - mmg lebih baek kalo kite terus berdiri di landasan yang kita sendiri selagi kita memegang rasionalnya...

qaiyum - mmg pon ako pikir selama ni bukan saje xbley nk dibatalkan, tp x patut dibatalkan.. jom sumer mahasiswa/i kite bangkit beramai-ramai...

Anonymous said...

Akum & salam sejahtera kp semua pembaca dan pengiat alam blog

P'tama sekali penulis igin meyampaikan ucapan syabas kpd saudara azrin kerna kini mampu mengendalikan blognya sendiri.

B'blk kpd topik PRK yg dicetuskan oleh pengarang blog ini. Apa yang blh diri ini katakan cumalah sejauh mana keberkesanan objektif2 diadakan PRK spt yg tlh dimaklumkan oleh saudara Qai jika PRK diadakan dlm situasi yg x telus, dipengaruhi pihak luar dan mempunyai agenda tersembunyi.... adakah benar hak2 asasi seperti undian adalah rahsia, bebas untuk mengundi mana2 calon serta pilihan mahu mendundi @ tidak sepeti yg dicanang2kan oleh SUHAKAM t'kspres di dlm PRK di seluruh IPTA???

Selagi perkara2 asas spt ini msh blm dpt ditangani oleh pihak pengurusan IPTA bg diri penulis matlamat PRK x dapat dicapai secara sepenuhnya.

PS: Jika takut dengan PENGORBANAN, usah bicara soal PERJUANGAN...

DIMANAKAH ANDA...?


Profile Visitor Map - Click to view visits