Monday, October 8, 2007

Setiap Kali Hampir Waktu Berbuka.. Dia Pasti Akan Datang...

Setiap petang aku akan sibuk mengecat rumah. Maklumlah, raya tidak sampai seminggu saja lagi. Dan seperti biasa, aku akan berhenti 10 minit sebelum pukul 7 malam. Bahagian-bahagian lain yang masih belum dicat itu akan aku sambung keesokan hari. Lagipun, waktu berbuka di Melaka agak awal sekarang ini. Pukul 7.02 malam sudah pasti bilal di surau tamanku akan melaungkan azan Maghrib.

Lalu aku ke bahagian belakang umah untuk membasuh segala berus dan roller yang telah digunakan. Di bahagian belakang rumahku terdapat satu longkang besar yang aku pasti tidak dapat dilepasi oleh seorang manusia dengan hanya melompat. Longkang ini bagaikan menjadi satu alat dalam sistem perparitan yang penting dalam kawasan perumahanku. Sebab itulah rumahku tidak pernah mengalami masalah banjir.

Ketika aku sedang membasuh, tiba-tiba sayup-sayup kedengaran satu suara, yang sungguh sayu bunyinya, tetapi agak merdu juga, dan berulang-ulang, seperti mahukan sesuatu. Suara tersebut muncul di sebalik semak-samun yang terletak di kawasan melepasi longkang besar di belakang rumahku itu. Oh.. Aku kenal suara itu. Sudah hampir waktu berbuka, sebab itulah dia datang.

Kelihatan si comel sedang berjalan keluar dari semak samun menuju ke tepi longkang supaya kehadirannya lebih mudah diperasani oleh orang lain. Si comel yang berwarna hitam, putih dan oren itu akan mengiau-ngiau untuk meminta makanan. Dan seperti biasa adikku akan memberikan makanan kepada si comel yang tengah lapar itu. Apabila sudah mendapat makanannya, maka senyaplah si comel itu.

Selepas puas mengisi perutnya, si comel akan bersuara sekali lagi, tetapi dengan nada yang lain sedikit. Seolah-olah cuba mengucapkan terima kasih, lalu si comel itu pergi. Dan azan maghrib pun berkumandang, menandakan masuknya Maghrib dan waktu berbuka.

Dan aku yakin, besok si comel itu pasti akan datang lagi.. setiap kali hampir waktu berbuka..

Inilah si comel yang pasti akan muncul di belakang rumahku setiap kali hampir waktu berbuka. Jika anda ingin melihat si comel ini dengan lebih dekat lagi, silalah ke koleksi bestphoto saya.. =)

4 comments:

Anonymous said...

Aaa.. Anda Pasti Itu Kucing? Saya Merasakan Bahawa Beliau Sebenarnya Adalah Jin.

Jin Pakai Toncet.

Syafiq said...

Aku Rasa Tu Makhluk Asing Tu...Dia Terbau Bau Usus Penulis Yang Sedang Berperistalsis Untuk Menelan Makanan Kerana Apabila Perut Penulis Kosong, Akan Hadir Bau-Bauan Yang Haramjadah Baunya (Ayat Ujang & Apo?) Seperti Bau Terasi, Bau Jengkol Dan Bau Perfume Basi (Camne Ek?)

Betul Tak Penulis?...Peace.

Anonymous said...

so sweeeeeeeet!!..
erks, bkn nko tapi adik nko..
uhuhuu.. comeynye kucen tu..
ngangangnangangaa~
T_T

azrinbasis said...

qaiyum - kalo kita amek gambo jin, dier kuar gambo kucing.. maknenye jin kucing..

syafiq - kalo kucing tuh makhluk asing, maknenye benda putih kat belakang tuh dia nyer kapal ufo..

d7 - walaupon ako x bagi makan, tapi ako tetap comel.. hehe...

DIMANAKAH ANDA...?


Profile Visitor Map - Click to view visits