Tinggal 3 hari sahaja lagi masa untuk kita bersama bulan Ramadhan. Memandangkan syawal sudah terlalu hampir, maka pada pagi tadi saya menemani emak saya membeli barang-barang keperluan di kawasan Kampung Jawa, Melaka. Tiba di sebuah kedai langsir, emak saya turun di situ, lalu saya teruskan memandu untuk mencari tapak meletak kereta. Kemudian, saya menunggu emak saya di hadapan sebuah kedai borong barangan runcit. Di sini saya menemui tiga kisah keinsafan yang sebenarnya simple sahaja ceritanya, tetapi kalau difikirkan secara pandangan yang pelbagai, macam-macam perkara kita boleh dapat. Hayatilah kisah-kisah di bawah ini :
Kisah 1 - Orang Tak Puasa
Di sebelah kedai borong tempat saya menunggu terdapat sebuah restoran cina. Sedang saya berdiri di situ, tiba-tiba muncul sebuah motor lalu berhenti di hadapan restoran cina tersebut. Pemuda yang menunggang motor itu membuka helmetnya. Ohh.. seorang remaja Melayu (rasa-rasanya lah). Remaja itu kemudiannya masuk ke restoran cina tersebut. 10 minit kemudian, dia keluar semula dengan beberapa bungkusan makanan serta minuman dan yang paling sempat saya kenalpasti adalah milo ais.
Saya rasa tekaan saya tidak silap bahawa penunggang motor itu adalah budak Melayu. Sebab semasa dia hendak keluar dari restoran itu, beberapa pekerja berbangsa cina di restoran itu memandang agak serong terhadapnya. Memang memalukan. Dahlah tak puasa, beli makanan kat kedai cina pula. Seolah-olah langsung tiada pertimbangan terhadap haram dan halal akan makanan yang dimakannya.
Kisah 2 - Makcik Yang Membeli Mercun
Dialog di bawah ini adalah antara seorang makcik yang dirahsiakan namanya dengan seorang penjual mercun di gerai mercun yang terletak kira-kira 20 tapak dari kedai borong tempat saya menunggu.
Makcik X : Dik, mercun naga ada jual tak..?
Penjual Y : Ade kak. Ni ha.
Makcik X : Ni macam mana nak maen nih..?
Penjual Y : Alah. Akak bakar pastu akak baling jek.
Makcik X : Ooo.. nanti dia kuar naga ek..
Penjual Y : Aah. Nanti siap ade bunyik pop prop pop pop.
Sayu sungguh saya mendengar perbualan itu. Untuk siapakah makcik ini beli mercun..? Mungkin untuk anaknya kerana tak mungkin makcik ini yang nak main. Tetapi, tidakkah makcik ini membaca suratkhabar tentang berita kemalangan mercun yang menimpa kanak-kanak nampaknya semakin ketara di penghujung Ramadhan ini..?
Kisah 3 - Ibu Yang Mencuri Minyak
Kisah yang ini pula saya ternampak secara tidak sengaja. Sedang saya berdiri, tiba-tiba ternampak seorang ibu yang mendukung anaknya mengambil sepaket minyak yang terletak di luar kedai runcit itu lalu memasukkannya ke dalam beg kertas yang dibawanya. Kemudian, dia terus berjalan pergi laju-laju. Tetapi ketika dia hendak pergi itulah, dia terperasan bahawa saya sedang memerhatinya.
Sehingga kini, saya masih tidak menyalahkannya. Kerana keadaan ibu dan anak itu amat daif. Saya melihat dia seolah-olah terpaksa mencuri minyak kerana ingin memasak untuk anaknya atau menjual minyak itu bagi mendapatkan duit. Sebab itulah saya tidak bertindak menahannya pada ketika itu atau mereport kepada tauke kedai borong itu. Bagaimana pun, mencuri itu tetap tidak baik. Sesempit mana pun keadaan kita, carilah rezeki yang halal.
Begitulah 3 kisah keinsafan yang saya lihat sendiri di penghujung Ramadhan ini. Terpulanglah kepada bagaimana anda melihat cerita-cerita ini. Sekiranya baik, ambillah sebagai pengajaran dan teladan. Sekiranya buruk, buanglah ia dan jangan disimpan...
Thursday, October 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
incik planetik mempunyai daya pengelihatan/pendengaran yg sgt tajam.. atau dlm bhs media = busybody. hahah.. tak la memain je.. :p anyway, gr8 post!! aku ske bace blog nko.. uhuhu keep up the good work.. okie dokie camat ari ghaye.. ampun maaf dipinta =]
sebenonye bukan busybody, tapi prihatin... hehe..
selamat hari raya juga.. maaf zahir batin...
Sepatutnya Ada Lagi 1 Keinsafan Iaitu Ada Seorang Anak Bagi Ibu Yang Sedang Sibuk Membeli Barang Untuk Menyambut Kedatangan Syawal. Tetapi Anak Itu Hanya Sibuk Melihat Perkara² Mazmumah Dunia Tanpa Menghiraukan Ibunya Yang Terpaksa Bersusah-Payah Mengangkat Barang Di Kedai. Kejam Sungguh Anak Itu.
Hahaha..
arghh.. agak menusuk kalbu jugak komen mu itu qaiyum... lalalalaalaa... =)
uish ak br bc kisah keinsafan ko nih...ntah la kalu kita miskin xtau nk salahkn sape sbnrnye..tp kita digalakkn mencari kekayaan..kalu kita miskin kita menghampiri kekufuran..so xsalah nk cr kekayaan..cari lah selagi boleh..impian ak tuh nk jd org kaya..hehe
Post a Comment